Saturday, 31 December 2011

Kita mudah terlupa yang...


Bismillahirahmanirrahim

Telah datanglah kepada Rasullullah seorang lelaki dari kalangan al-Ansar dan memmberi salam ke atas Nabi SAW, kemudian berkata: Wahai Rasulullah, siapakah mukmin yang terbaik? Nabi menjawab: “Mereka yang terbagus akhlaknya.” Dia bertanya lagi, “Maka siapakah mukmin yang paling cerdik?” Nabi menjawab: “mereka yang paling banyak mengingati mati dan yang terbaik ialah yang melakukan persediaan untuk selepas itu. Itulah orang yang paling cerdik.” 


Kita jarang jadi orang cerdik tu kan?
Kita selalu fikir kita lambat lagi nak mati, kita kan still muda.
Padahal berlambak je kat labour room, baby baru lahir tak sempat nak hidup sehari pun.
Kita lupa yang mati tu tak pernah mengenal usia.
Kita selalu fikir yang kita takde sebab kukuh nak mati, sebab kita sihat walafiat kan..
Sihatla kot kalau nak dibanding dengan orang-orang yang menderita sakit menunggu masa.
Kita lupa kalau dah sampai masanya, 
even tengah tidur nyenyak pun Allah boleh je tarik nyawa tu.

Kita tahu yang mati itu pasti , kita tahu Izrail datang tanpa kad jemputan,
but then kita still acah tak acah je..gaya macam hidup lama je..
Kita busy dengan dunia, busy dengan study, busy dengan family, busy dengan bf/gf,
busy dengan itu, busy dengan ini..busy dengan macam-macam.
Terlampau busy hingga terlupa yang kita ni akan mati.
Terlampau busy hingga terlupa bersedia untuk mati.

Kita mudah terlupa, sering terlupa yang kita akan ke 'sana', ke 'sana' yang kekal abadi.
Dalam sehari berapa kali agaknya kita mengingati mati?
Berapa kali kita menunduk mengingatkan azab kubur, padang masyar, syurga neraka
Kalau nak dibandingkan dengan mengingati hal-hal dunia yang endless.
Diri yang menulis ni pun tak terkecuali.
Liat benar nak mengingati mati.

Teringat satu analogi Bro Nouman dalam satu ceramahnya.
Dia kata hidup kita kat dunia ni..semua ada deadline masing-masing.
Samalah dengan student yang tengah buat assigment...ada deadline jugak kan.
Kalau kata deadline tu esok, for sure malam ni student tu akan pulun habis-habisan, stay up nak siapkan assignment tu kan.
Bezanya yang student tu dia tahu la deadline tu bila.
Tapi kita hidup kat dunia ni tak tahu entah bila deadline tu.
Sebab itula kita kena lagi takut dan lagi nak kena pulun awal-awal kan.
Sebab deadline kita tu mungkin esok, mungkin lusa, bila-bila masa je yang Allah dah tetapkan.
Kalau Allah dah kata deadline kita tu esok,
Agak-agak boleh tak suruh Allah posponkan ke tahun depan sebabnya kita tak sedia lagi.

Wallahualam.


P/s: Moga awak yang membaca dan saya yang menulis Allah golongkan dalam golongan orang-orang yang cerdik tu..InsyaAllah.


"Dan bagi tiap-tiap umat menpunyai ajal (batas waktu), maka apabila ajalnya tiba, mereka tidak dapat meminta penundaan atau percepatan walau sesaat pun" [7:34]


"Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam surga, maka sungguh ia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan"[3:185]


From tumblr
                   

Tuesday, 15 November 2011

Muttaqeen

Bismillahirahmanirrahim

Muttaqeen=Orang bertaqwa

Nak tau ciri-ciri orang bertaqwa tak?

Ok, pergi cepat ambik tafsir dan buka surah Ali Imran ayat 133-136
Baca, faham dan hayati betul-betul.

Ok.jom kita baca sama-sama.

"Dan bersegeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) Syurga yang luasnya seluas langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa,iaitu :
  • Orang-orang yang berinfak hartanya di waktu lapang mahupun sempit 
  • Orang-orang yang menahan kemarahannya
  • Orang-orang yang memaafkan kesalahan orang lain
  • Orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik
  • Orang-orang yang apabila melakukan perbuatan keji, atau menganiaya diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka .Dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa-dosa selain Allah dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji itu, sedang mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya)
Balasan bagi mereka ialah ialah keampunan dari Tuhan mereka, dan Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya sungai- sungai, mereka kekal di dalamnya. Dan(itulah) sebaik-baik balasan (bagi) orang-orang yang beramal."

Err..agak-agak kita tergolong dalam 'orang-orang' tu tak?
Tergolong tak dalam golongan yang Allah janjikan ampunan dan syurga yang seluasnya langit dan bumi?
Kalau rasanya macam tak lagi, jom sama-sama kita usaha nak?
Semangat sikit..Allah dah offer keampunan dan syurga tuuuu

*Perasan tak ayat ni macam sandwich? Sebabnya,before Allah sebut ciri-ciri muttaqeen tu, Allah sebut tentang ampunan dan syurga, lepas Allah list semua ciri-ciri tu, Dia tutup balik ayat tu dengan sebut ampunan dan syurga gak. Mulanya saya tak perasan gak, tapi lepas dengar lecture dari Bro Nouman Ali khan baru saya perasan. Ok, nak promote ni. Nanti pergi you tube, cuba search Nouman Ali Khan. MasyaAllah...saya sangat-sangat suka dia. I mean his lecture. Cara dia explain tu memang clear, sampai ke hati dan buat kita reflect ourselves. Biasanya dia akan start lecture dengan baca certain ayat Quran dan dari situ dia akan explain more and more about that ayat and also the tafseer itself. Dan lagi satu sebab saya suka dia, walaupun dia speaking, tapi bagi orang yang tak pandai english macam saya, still boleh catch up dan faham sebabnya dia guna simple term and accent dia pun tak pelik sangat. Dahla handsome*evil laugh*. But seriously, Bro Nouman ni memang awesome.Dia punya lecture memang superb. Dengar banyak kali pun tak boring.Makin semangat adalah. Dan kadang-kadang boleh melelehkan air mata.Tak caya try dengar. Saya dah addicted dah. Habis semua saya explore dan download..heee.

Ok, kat bawah ni vid ciri-ciri muttaqeen. Saya extract dari video ni laaa.


Kalau nak yang mp3 file, kut-kut nak letak dalam mp3 player ke, ipod ke, boleh download kat dia punya official website, http://www.nakcollection.com/ .Macam-macam ada kat sana.

Kat facebook pun ada, pergi je page Nouman Ali Khan collection and Quran weekly. Cepat pergi like.

Ok, cukup kot promote.
May Allah bless you and reward you with Jannah Bro Nouman Ali.

and again jom sama-sama kita berusaha untuk jadi 'orang-orang ' itu
sama-sama mengejar ampunan Allah dan syurgaNya.

Are you game?





 




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...