Friday, 9 March 2012

Let's keep it balance :)

Bismilahirahmanirrahim

Link

First thing cross my mind when I saw this,

"Did I  plan for my akhira carefully?"
"Did I plan too much on dunya compare to my akhira?"

And that's also the same question that I want to ask you guys. 

Ok, kalau nak cakap pasal plan untuk dunia ni, the list is endless kan? Macam-macam kot. Contoh senang,

Plan nak makan apa la kat kedai mamak jap lagi
Plan nak study apa la malam ni
Plan nak masak apa untuk dinner malam ni
Plan nak beli apa kat shopping mall
Plan nak kahwin umur berapa
Plan nak ada anak berapa orang nanti
Plan nak rumah macam mana nanti
Plan nak guna kereta apa nanti
Plan nak kerja kat mana nanti
Plan buat apa weekend nanti

Alahai..banyak kot. Tak terlist. Rasanya hari-hari hidup kita ni memang involve dengan planning and decision making kot. Dari sekecik-kecik hal hingga lah sebesar-besar hal. I'm not saying that planning this and that is wrong because there's saying, 

"If you fail to plan then you're planning to fail"

Yes. Yes. Couldn't agree more.
Dengan plan-plan tu la kita akan berusaha untuk bergerak mencapai aim kita kan?Contohla jika aim kita nak lulus exam, mestila kita plan macam-macam kan? Study groupla, buat past year question la , buat mind map nak bagi mudah ingat la etc..etc..Dengan harapan plan-plan dan usaha-usaha kita tu boleh buat kita lulus exam tu. Even kita tahu yang kita hanya mampu merancang dan Tuhan jualah yang menentukan, tapi kita still  sibuk dengan plan itu dan plan ini. That's normal human being.

But the biggest problem for us including me, kita tak pandai nak balance antara hal dunia dan akhirat .Kita terlalu sibuk merancang untuk part dunia sampai kadang-kadang terlupa yang part untuk akhirat. Kita terlalu risaukan hal dunia sehingga hal akhirat kita tinggal ke belakang.

Kita boleh berjaga malam untuk study tapi nak berjaga untuk qiamullail kita lah yang paling liat.
Kita boleh punctual dengan hal-hal dunia, tapi bila sampai time solat, azan mendayu-dayu,kita boleh buat endah tak endah.
Kita sanggup berhabis duit untuk hantar anak tuisyen tapi nak hantar anak ke kelas agama kita mula berkira-kira.
Kita boleh luangkan masa baca buku anatomi, baca newspaper tapi takde masa  nak baca quran even 1 page apatah lagi nak belek buku-buku agama.
Kita boleh tadah telinga dengar lecture biologi dan sebagainya, tapi payah pulak nak tadah telinga untuk ceramah-ceramah agama.
Kita boleh hafal formula-formula fizik, medical thingy and even lirik lagu yang pelbagai tapi nak hafal doa-doa harian , surah-surah lazim, kita fail.

*sigh* 
Too much of dunya kan?
Tak salah nak jadi orang yang paling bijak, paling kaya, paling cantik, paling berjaya dan paling apa-apa je kat dunia ni..tapi tak nak la nanti kat akhirat kita jadi orang yang paling tercorot dan rugi kan. After all, our ultimate aim is akhirat dan Jannah. Kita bukan nak hidup selamanya kat dunia ni. Kita akan pulang ke sana nanti, kekal kat sana. Macam rugila kan kalau kita tak plan cantik-cantik.

So, dear you and me,
Let's keep it balance.
Moga dunia dan akhirat kita seiring dan sejalan.
Moga Allah jadikan kita orang-orang yang berjaya dan bahagia di dunia dan juga akhirat nanti.

Allahuma ameen :')


Dan (ingatlah bahawa) kehidupan dunia ini (meliputi segala kesenangan dan kemewahannya, jika dinilaikan dengan kehidupan akhirat) tidak lain hanyalah ibarat hiburan dan permainan; dan sesungguhnya negeri akhirat itu ialah kehidupan yang sebenar-benarnya; kalaulah mereka mengetahui (hakikat ini tentulah mereka tidak akan melupakan hari akhirat)."   

[Al-'Ankabuut , 64 ]




"Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu, apabila dikatakan kepada kamu: "Pergilah beramai-ramai untuk berperang pada jalan Allah", kamu merasa keberatan (dan suka tinggal menikmati kesenangan) di tempat (masing-masing)? Adakah kamu lebih suka dengan kehidupan dunia daripada akhirat? (Kesukaan kamu itu salah) kerana kesenangan hidup di dunia ini hanya sedikit jua berbanding dengan (kesenangan hidup) di akhirat kelak."   

[At-Taubah , 38 ]





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...