Bismillahirahminirrahim
“Antara tanda kita cintakan seseorang itu,
adalah dengan kita tidak menariknya ke neraka Allah SWT.
Jadi apa-apa sahaja perkara yang boleh mencampakkan kita dan dia ke neraka Allah SWT,
itu bukan cinta sebenarnya.
Hanya perkara, yang dinamakan ‘cinta’, oleh
dunia.
Bukan cinta yang sebenar-benarnya”
[Hilal Asyraf]
Kita kata kita cinta kat ayah kita , abang kita, adik lelaki kita dan suami kita tapi secara tak sedar kita tumpang saham mengheret mereka ke neraka bila mana kita dedah aurat sesuka hati.
Kita cakap kita cinta bf/gf kita tapi at the same time kita buat benda-benda yang boleh mencampakkan kita dan dia ke neraka Allah.
It wouldn't be love if someone makes you far away from Allah.
You wouldn't love someone that much if you just dragging he/she away from Jannah.
Bila kita cinta/sayang seseorang tu meaning that kita nak bersama dia kat syurga kelak la kan.
And because of that reason you will work hard to attain the Jannah and at the same time you will help your beloved one to attain the Jannah too.
Tak syokla masuk syurga sorang-sorang tanpa orang kesayangan .
Dari Anas bin Malik r.a dia berkata,
“Ada seorang lelaki bertanya kepada Nabi saw “ Bilakah hari kiamat akan berlaku wahai Rasulullah?” baginda menjawab, “Apa yang telah kau persiapkan untuknya?” Lelaki itu menjawab, “Aku tidak mempersiapkan banyak solat, puasa, ataupun sedekah. Namun aku mencintai Allah dan RasulNya.” Maka beliau bersabda: “Kamu akan bersama dengan orang yang kamu cintai.”(Imam al-Bukhari dan Muslim)
So, jangan sebut cinta kalau bukan ingin bersama ke syurga ,
Jangan sebut cinta kalau at the same time kamu tolak dia masuk neraka,
Sorry to say, but for me cinta/sayang yang takda impian dan usaha untuk masuk ke syurga bersama-sama, itu namanya cinta picisan, cinta olok-olok, cinta tak boleh pakai.
No comments:
Post a Comment