Thursday 13 January 2011

Cinta Perjuangan


Assalamulaikum w.b.t

As usual, I just want to share something nice that I got from my frIenD..It's sumhow make me stop n reflect myself..Jom kite hayati sama2

CINTA PERJUANGAN

Tak perlu berusaha untuk impress seseorang kerana mengharapkan sesuatu yang tidak pasti daripadanya. Jika sudah Allah tetapkan bahawa jodohnya bukan kita, maka memang jodohnya bukan kita.

Tak perlu menangis hingga kering air mata kiranya kita terluka dengan dia yang kita sayang. Kerana kadang-kadang yang kita sayang itu milik orang.

Tak perlu bazirkan cinta sewenang-wenangnya kepada hubungan yang entah mana hujung pangkalnya. Simpanlah cinta itu untuk dia yang lebih berhak memiliki.

Siapa tahu, mungkin dia yang entah berada di mana itu saban hari mendoakan kita. Mengharap agar kita kuat menempuhi dugaan hati sebelum takdir menemukan kita dan dirinya.

Simpanlah cinta itu demi cinta perjuangan. Perjuangan melawan nafsu yang memberontak. Patahkan nafsu itu dengan Cinta Allah. Di akhirnya nanti, kita tidak akan rasa sia-sia, kerana cinta kita bukan cinta picisan murahan.

Dan tiadalah balasan yang layak bagi mereka yang berjuang itu selain syurga Allah. Ameen.


E.N.D
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...