Sunday 19 August 2012

Goodbye Ramadhan, Hello Syawal!

Bismillahirahmanirrahim

Ramadhan dah habis ;((
Mudah-mudahan Allah terima puasa dan segala amalan kita,
Mudah-mudahan puasa kali ni menjadikan kita hamba yang bertakwa,
Mudah- mudahan puasa kali ni boleh dibuat saham kat akhirat nanti,
Mudah-mudahan Allah pilih kita lagi untuk Ramadhan yang akan datang.

Untuk awak yang membaca,



and for you Inche Ramadhan,
We gonna miss you. Big time.Till we meet again ya. InsyaAllah.

p/s:Take your time to read this article ya--> Only Today










Monday 30 July 2012

10th of Ramadhan

Bismillahrahmanirrahim

Alhamdulilllah, Alhamdulillah, Alhamdulillah
It's such a great blessings that Allah still choose us to celebrate this month of Baraqah
It's such a double great blessings that Allah still allow us to celebrate Ramadhan until now
and it's such a double triple great blessings for me
as I'm having my Ramadhan during my holiday :)
Heaven kot berpuasa masa tengah cuti
Rasa macam tengah honeymoon pun ada..Haha

So how's your Ramadhan so far?
Still bersemangat berpuasa bertarawikh bertadarus berqiamullail dan segala bagai?
Saya doakan moga-moganya anda dan saya akan tetap bersemangat waja
Bersemangat untuk sama-sama tambah pahala
Bersemangat untuk sama-sama bersihkan roh dan hati yang hitam legam dengan dosa
Bersemangat untuk sama-sama usaha jadi orang-orang yang bertaqwa
Bersemangat untuk sama-sama kejar redha Dia
Bersemangat untuk sama-sama jadi terbaik di mata Dia

and now 20 days left
So, let's use our time wisely
Guna sebaik mungkin, guna sehabis mungkin
Jangan sia-siakannya
Sebabnya....................

THIS COULD BE OUR LAST RAMADHAN

and maybe kita tak sampai ke hujung Ramadhan pun..
So cheerish all the times you have in Ramadhan
make every seconds counts
and here some vids that I hope can give you kinda 'semangat'

                                           Bro Nouman Ali Khan Ramadhan Playlist








p/s: If you like to have a checklist/Mutabaah amal Ramadhan, kindly leave your emel in comment box and insyaAllah I'll send you one. I know this is a little bit late but some said it's better late than never right :)

Salam Ramadhan Kareem everyone!
Let's 'enjoy' our Ramadhan to the fullest :)




  

Thursday 12 July 2012

Reminder for me and you

Bismillahirahmanirrahim

Will you be my best companion?

Fitrah manusia memang mudah lupa, leka dan lalai,
Fitrah iman itu ada turun naiknya,
Sebab itulah saya memang perlukan kamu untuk ingatkan saya
Dan kamu mungkin perlukan saya untuk ingatkan kamu :)

Kita manusia mana mungkin lepas dari buat silap.
Kadang-kadang kita sedar, kadang-kadang kita tak sedar.
And the worst part is kadang-kadang kita tak tahu pun yang kita tengah buat silap.
Kita tak mampu nak berdiri sorang-sorang, nak ingat semua benda.
Kita perlukan someone.
Someone yang boleh remind kita, boleh nasihat kita, boleh tegur kita bila kita buat salah
And that someone can be anyone. Anyone.
Including awak yang membaca.

Dan mungkin kita bagi alasan,
"Err sorila..saya tak pandai la nak remind orang, nak nasihat orang, nak berdakwah, nak ajak orang ke arah kebaikan ni. Saya bukannya baik sangat pun, saya bukan ustaz/ustazah pun."

Ok, cuba baca kata-kata Iman Hassan al-Basri ni,                                       

Sesungguhnya apabila aku menasihati kamu,
Bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu,
Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu,
kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri.
Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna,
nescaya tidak akan ada pendakwah.
Maka sedikitlah orang yang memberi peringatan.


Tak perlu sampai ada title Ustaz/ustazah kat depan baru boleh nak nasihat orang lain
Tak perlu sampai hafaz quran 30 juzuk baru boleh nak tegur orang lain
Tak perlu sampai nak pakai jubah, ketayap,tudung labuh baru boleh nak remind orang lain
Just be yourself and do your part as a Muslim
That is-->* remind/advice/tegur/dakwah
Yang paling penting usaha dan niat nak jadi dan nak ajak orang jadi baik tu ada.
*I used these words interchangeably in this post, actually bawa maksud yang sama je which is mengajak manusia ke arah kebaikan and mencegah daripada kemungkaran (amar makruf nahi mungkar)

Dan antara cara yang paling senang buat kerja ni indirectly through alam maya la kot.
Facebook, twitter, blogger, tumblr, etc.
Just share with others anything that related to Islam that you found it beneficial to you
and you think it might be beneficial to them as well.
hadis ke, islamic quotes ke, kalamullah ke, ceramah ke, lagu ke, islamic article ke
Anythingla selagi tak bercanggah dengan syarak.
Gasaklah orang nak kata kita bajet baik ke, bajet ustaz/ustazah ke. Pedulikan mereka.
Yang penting Allah tahu niat kita. Tahu isi hati kita.
Daripada kita duk penuhkan wallpost kita dengan benda yang entah apa-apa kan.
insyaAllah benda-benda ni actually boleh tambah saham kita kat akhirat nanti.
Tapi tak nak la kita duk post status dekat fb jom solat awal waktu last-last kitala orang yang paling lambat solat. Tu namanya memang bajet baik la tu.

And for me bila kita remind others actually kita lebih kepada remind diri sendiri sebenarnya
Bila kita nasihat orang suruh orang tutup aurat, automatically kita sendiri pun tutup aurat la kan.

Dan tahukah anda yang manusia ni sentiasa dalam kerugian kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, serta berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.*Sila refer 103:1-3*

Dan tahukah anda orang-orang yang mengajak manusia ke arah kebaikan dan mencegah daripada kemungkaran adalah orang-orang yang berjaya? *Sila refer 3:104*

Dan sungguh dengan izin Allah, saya nak masuk dalam golongan yang terkecuali dan berjaya tu
Saya tak nak jadi mereka yang rugi tu. Tak nak.
And because of that, here i am rambling here and there
Hoping that usaha saya yang kecil ni can remind others as much as I reminded by others
dan saya yakin awak pun mahu jadi golongan yang terkecuali dan berjaya kan?
So, let's spread the good and here goes some boosters ;)

Daripada Abu Mas’ud Uqbah bin Amru al-Ansori al-Badri RA katanya, Rasulullah SAW bersabda, “Sesiapa yang telah menunjukkan ke arah kebajikan maka baginya pahala seperti orang yang melakukan kebajikan itu.”





Till we meet again, Assalamualaikum :)


"Dan tetaplah memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang-orang yang beriman." [51:55]


Friday 25 May 2012

Exam Fever!

Bismillahirahmannirrahim


Study week bermula!Allahhh.. mimpi ngeri kot
Tak sampai 2 minggu pun lagi nak exam.
Ni bukan exam biasa-biasa, ni exam final yang luar biasa.
Exam yang akan menguji layak ke tak nak jadi safe doctor in future. 
Dan sungguh, kalau nak cakap pasal preparation tuuu..memang berterabur.
Bayangkan benda yang 5 tahun semua nak kena revise
Baca yang ni lupa yang tu, baca yang tu lupa yang ni 
*stress*

Ok now , take a deep breath and put that exam thingy aside,
Here some boosters/comfort words untuk saya dan maybe untuk awak jugak.

"Jangan ingat kita akan berjaya dengan usaha kita semata. Itu seolah-olah menunjukkan kita mengaku yang kita ni ada kekuasaan. Sebenarnya kita berusaha untuk menunjuk sahaja. Kita berusaha sebab kita nak tunjukkan kepada Allah, betapa kita inginkan apa yang kita hajati itu,tunjukkan kesungguhan kita kepada Allah. Bila Allah lihat kita bersungguh-sungguh menunjukkan kepadaNya betapa kita inginkan perkara itu, baru Allah akan bagi. Dan kalau Allah tak bagi pun, kita tetap yakin bahawa itu yang terbaik untuk kita."[anonymous]


"Your job is the effort. His (Allah's) job is the results. You're not in charge of the results."

[Nouman Ali Khan]



Kita hamba Dia,  hanya mampu usaha, usaha dan usaha
Jangan give up, jangan mengaku kalah.
Lulus ke tak exam tuuu tak payah nak risau sangat laa, tu bukan urusan kita.
Kalau rasa stress sangat tu, banyak-banyakkan selawat and zikir
Tak pun stop study kejap pergi ambil wuduk, solat 2 rakaat ke, baca Quran ke
and then sambung study balik. InsyaAllah mujarab.
Jangan takut sangatlah. 
Ni baru exam dunia kot belum lagi exam akhirat.
Allah dah bagi weapon kat kita kan iatu doa
So, tenang sajalah.
Usaha habis-habisan, doa tak putus-putus and leave the rest to Him
*a self reminder again and again*


“...Kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad (azam), maka bertawakkallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah amat menyukai orang-orang yang bertakwkkal kepadaNya”( 3: 159).



P/s: Wish me luck and do pray for me . Nanti saya bagi free treatment ^ _^. All the best jugak kepada kamu yang nak exam. Let's do our best ya! Moga Allah permudahkan segala urusan exam kita. Ameen.



Sunday 6 May 2012

It wouldn't be love..


Bismillahirahminirrahim



“Antara tanda kita cintakan seseorang itu, 
adalah dengan kita tidak menariknya ke neraka Allah SWT.
Jadi apa-apa sahaja perkara yang boleh mencampakkan kita dan dia ke neraka Allah SWT, 
itu bukan cinta sebenarnya.
Hanya perkara, yang dinamakan ‘cinta’, oleh dunia.
Bukan cinta yang sebenar-benarnya”
[Hilal Asyraf]


Kita kata kita cinta kat ayah kita , abang kita, adik lelaki kita dan suami kita tapi secara tak sedar kita  tumpang saham mengheret mereka ke neraka bila mana kita dedah aurat sesuka hati. 
Kita cakap kita cinta bf/gf kita tapi at the same time kita buat benda-benda yang boleh mencampakkan kita dan dia ke neraka Allah.

It wouldn't be love if someone makes you far away from Allah.
You wouldn't love someone that much if you just dragging he/she away from Jannah.

Bila kita cinta/sayang seseorang tu meaning that kita nak bersama dia kat syurga kelak la kan. 
And because of that reason you will work hard to attain the Jannah and at the same time you will help your beloved one to attain the Jannah too.
Tak syokla masuk syurga sorang-sorang tanpa orang kesayangan .

Dari Anas bin Malik r.a dia berkata,
“Ada seorang lelaki bertanya kepada Nabi saw “ Bilakah hari kiamat akan berlaku wahai Rasulullah?” baginda menjawab, “Apa yang telah kau persiapkan untuknya?” Lelaki itu menjawab, “Aku tidak mempersiapkan banyak solat, puasa, ataupun sedekah. Namun aku mencintai Allah dan RasulNya.” Maka beliau bersabda: “Kamu akan bersama dengan orang yang kamu cintai.”(Imam al-Bukhari dan Muslim) 

So, jangan sebut cinta kalau bukan ingin bersama ke syurga ,
Jangan sebut cinta kalau at the same time kamu tolak dia masuk neraka,
Sorry to say, but for me cinta/sayang yang takda impian dan usaha untuk masuk ke syurga bersama-sama, itu namanya cinta picisan, cinta olok-olok, cinta tak boleh pakai.



Friday 6 April 2012

Jumuah Mubarak!

Linked
Bismillahirrahmanirrahim

Daripada Umar RA berkata, Rasulullah S.A.W bersabda: “Sesiapa membaca Surah al-Kahfi pada hari Jumaat, maka bersinarlah cahaya daripada bawah kakinya hingga ke langit, untuknya cahaya di hari kiamat dan diampunkan dosanya antara 2 Jumaat.” (Riwayat Ibnu Katsir)

Dulu kita(termasuk  saya) kalau time malam Jumaat mesti sibuk-sibuk  nak baca surah Yassin kan?Actually untuk hari Jumaat, Rasulullah  S.A.W lebih galakkan kita baca surah Al- Kahfi, surah Yassin tu bila-bila masa pun boleh baca.


Dan kalau nak awesome lagi meh kita hafal 10 ayat pertama  dan 10 ayat terakhir Al-Kahfi, insyaAllah akan terpelihara dari fitnah Dajjal yang menakutkan itu.

Jom!It's sunnah :)


Sunday 18 March 2012

Dan Dia selesa begitu...

Bismillahirahmanirrahim


Dia tak cantik, menggoda.
Tanpa bulu mata palsu,
Tanpa gincu bibir, lip balm nya pun tak berwarna, tak menggoda.
Ada macam tak ada.

Matanya tak galak, tak redup,
Hanya mata biasa-biasa,
Kadang kala matanya terlihat bengkak dan sembab.
Namun tak pernah dia sembunyikan itu dengan eyeliner, maskara dan eye shadow,
Yang memang dia tak reti nak calit-calit tu.

Hidungnya pun tak mancung,
Pipinya tak lah semulus bagai telur dikupas itu,
Namun, tak pula mahu dia oles-oleskan pemerah pipi yang menambah seri,
Hanya dia tempekkan dengan bedak nipis yang gayanya ada macam takde.

Dan dia, ya dia selesa begitu.

Walau dikelilingi rakan-rakan yang cantik dengan benda-benda tu.
Dia tak peduli dengan pandangan orang, tak kisah dengan trend rakan-rakannya.
Bukan dia kedekut. Cuma rasa tak perlu.
Menempek segala macam benda hanya untuk terlihat cantik.

Dan dia, ya dia selasa begitu.

Sederhana dengan caranya.
Bersyukur dengan apa yang dia ada.
Biarlah walau dia dipandang kolot dan tak bergaya.
Dia tak peduli.
Dia malas ambil tahu.
Yang penting dia tak menarik perhatian lelaki
Dan tak pula berlebih – lebihan dalam gayanya.
Sedang dalam dengan cara begitu pun,
Dia masih tak sedap hati,
Terasa lelaki-lelaki gatal masih memerhati.

Susah menjadi dia?
Tak ada yang memandang? Tak ada yang mengorat?
Itu lagi senang.
Senang dia nak jaga diri,
terhindar dari dosa dan lelaki yang berniat tak baik pada perempuan.

Susahnya menjadi dia?
Terasa nak mencuba, nak jugak terlihat cantik dan menggoda?
Dipujuk hatinya, “Jangan, itu semua godaan dunia”
“ Wanita itu mmg sudah cantik, maka jangan berlebih-lebihan sehingga menarik perhatian yang kemudian mengundang dosa”.
Dipujuk hatinya,walau terasa ingin mencuba,
Dia lebih takut pada akibat dosa yang tiba, kalau dia turutkan kata hatinya.

Ya, biarlah.

Biar dia jadi gadis biasa, yang sederhana.
Yang kehadirannya tak disedari.

Ya, dia selesa begitu.


Allah hai *senyum sorang-sorang*
Copy paste from tersenyummelihatlangit
Terasa sangat dekat di hati.

Jazakillahukhairankathira ya ukhti  :)

Moga Allah sentiasa menjaga kita daripada pandangan mata-mata yang liar dan bernafsu jahat.

P/s:Biarlah tak cantik di mata manusia asalkan cantik di mata si Dia yang terchenta dan penduduk langit. Dan bukankah sebaik-baik wanita itu adalah yang tidak memandang dan dipandang :)

Friday 9 March 2012

Let's keep it balance :)

Bismilahirahmanirrahim

Link

First thing cross my mind when I saw this,

"Did I  plan for my akhira carefully?"
"Did I plan too much on dunya compare to my akhira?"

And that's also the same question that I want to ask you guys. 

Ok, kalau nak cakap pasal plan untuk dunia ni, the list is endless kan? Macam-macam kot. Contoh senang,

Plan nak makan apa la kat kedai mamak jap lagi
Plan nak study apa la malam ni
Plan nak masak apa untuk dinner malam ni
Plan nak beli apa kat shopping mall
Plan nak kahwin umur berapa
Plan nak ada anak berapa orang nanti
Plan nak rumah macam mana nanti
Plan nak guna kereta apa nanti
Plan nak kerja kat mana nanti
Plan buat apa weekend nanti

Alahai..banyak kot. Tak terlist. Rasanya hari-hari hidup kita ni memang involve dengan planning and decision making kot. Dari sekecik-kecik hal hingga lah sebesar-besar hal. I'm not saying that planning this and that is wrong because there's saying, 

"If you fail to plan then you're planning to fail"

Yes. Yes. Couldn't agree more.
Dengan plan-plan tu la kita akan berusaha untuk bergerak mencapai aim kita kan?Contohla jika aim kita nak lulus exam, mestila kita plan macam-macam kan? Study groupla, buat past year question la , buat mind map nak bagi mudah ingat la etc..etc..Dengan harapan plan-plan dan usaha-usaha kita tu boleh buat kita lulus exam tu. Even kita tahu yang kita hanya mampu merancang dan Tuhan jualah yang menentukan, tapi kita still  sibuk dengan plan itu dan plan ini. That's normal human being.

But the biggest problem for us including me, kita tak pandai nak balance antara hal dunia dan akhirat .Kita terlalu sibuk merancang untuk part dunia sampai kadang-kadang terlupa yang part untuk akhirat. Kita terlalu risaukan hal dunia sehingga hal akhirat kita tinggal ke belakang.

Kita boleh berjaga malam untuk study tapi nak berjaga untuk qiamullail kita lah yang paling liat.
Kita boleh punctual dengan hal-hal dunia, tapi bila sampai time solat, azan mendayu-dayu,kita boleh buat endah tak endah.
Kita sanggup berhabis duit untuk hantar anak tuisyen tapi nak hantar anak ke kelas agama kita mula berkira-kira.
Kita boleh luangkan masa baca buku anatomi, baca newspaper tapi takde masa  nak baca quran even 1 page apatah lagi nak belek buku-buku agama.
Kita boleh tadah telinga dengar lecture biologi dan sebagainya, tapi payah pulak nak tadah telinga untuk ceramah-ceramah agama.
Kita boleh hafal formula-formula fizik, medical thingy and even lirik lagu yang pelbagai tapi nak hafal doa-doa harian , surah-surah lazim, kita fail.

*sigh* 
Too much of dunya kan?
Tak salah nak jadi orang yang paling bijak, paling kaya, paling cantik, paling berjaya dan paling apa-apa je kat dunia ni..tapi tak nak la nanti kat akhirat kita jadi orang yang paling tercorot dan rugi kan. After all, our ultimate aim is akhirat dan Jannah. Kita bukan nak hidup selamanya kat dunia ni. Kita akan pulang ke sana nanti, kekal kat sana. Macam rugila kan kalau kita tak plan cantik-cantik.

So, dear you and me,
Let's keep it balance.
Moga dunia dan akhirat kita seiring dan sejalan.
Moga Allah jadikan kita orang-orang yang berjaya dan bahagia di dunia dan juga akhirat nanti.

Allahuma ameen :')


Dan (ingatlah bahawa) kehidupan dunia ini (meliputi segala kesenangan dan kemewahannya, jika dinilaikan dengan kehidupan akhirat) tidak lain hanyalah ibarat hiburan dan permainan; dan sesungguhnya negeri akhirat itu ialah kehidupan yang sebenar-benarnya; kalaulah mereka mengetahui (hakikat ini tentulah mereka tidak akan melupakan hari akhirat)."   

[Al-'Ankabuut , 64 ]




"Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu, apabila dikatakan kepada kamu: "Pergilah beramai-ramai untuk berperang pada jalan Allah", kamu merasa keberatan (dan suka tinggal menikmati kesenangan) di tempat (masing-masing)? Adakah kamu lebih suka dengan kehidupan dunia daripada akhirat? (Kesukaan kamu itu salah) kerana kesenangan hidup di dunia ini hanya sedikit jua berbanding dengan (kesenangan hidup) di akhirat kelak."   

[At-Taubah , 38 ]





Sunday 29 January 2012

Sampai Syurga

Bismillahirahmanirrahim


Kadang-kadang langkah kaki saya juga bengkok
Terpesong dari tujuan yang asal
Saya harap di kala itu, kamu dapat menarik saya kembali ke jalan yang lurus ini 
Kamu pun nak masuk syurga bukan? 
Saat saya terleka nanti, berilah peringatan kepada saya
Saya harap saat itu nanti, kamu juga dapat memandang saya dengan penuh kasih-sayang
Dengan penuh rasa berharap untuk melangkah ke syurga bersama-sama saya
Tolong jangan tinggalkan saya terumbang-ambing saat itu
Tolong betulkan saya
[Anonymous, Tumblr]




Dengan izin Allah, sungguh saya mahu ke syurga bersama kamu. 
Bersahabat dengan kamu hingga ke syurga :')


Ameen.
Ameen.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...