Thursday 27 October 2011

Cakap tak serupa bikin?

Bismillahirahmanirrahim

Hear my say via Tumblr


Jika ditanya
"Eh,nanti kat akhirat, hang agak-agak nak masuk syurga ke neraka?

Mesti kita reply dengan yakinnya
"Apa jenis soalan ni..mestila syurga beb..kita kan orang Islam..neraka tu azab kot"

That's the common answer right?

Sapalah yang tak nak masuk syurga kan?
dan sapalah yang nak masuk neraka yang penuh azab tu kan

But the question here,
Do we really mean the answer above?Do we really work hard for that?

Kita cakap kita nak masuk syurga,
tapi adakah kita usaha bersungguh-sungguh untuk masuk syurga
Kita cakap kita tak nak masuk neraka,
tapi adakah kita  betul-betul mencegah diri kita dari perkara-perkara yang boleh membawa kita ke neraka.

Cakap saja tak cukup la wak, tulis saja pun tak cukup, berangan saja pun tak cukup, 
Kena ada usaha ke arah itu, kena usaha sungguh-sungguh.

Dan usaha itu kita kena start sekarang.
Sebelum kita mati, sebelum kita ke akhirat, sebelum amalan kita dihisab, sebelum kita nak lalu titian sirat, sebelum Allah putuskan kita ni golongan kanan or kiri (sila refer Surah Al-waqiah)

Ok now, take your 5mins
Jom sama-sama kita tanya diri kita ,
Andainya hari ini adalah terakhir untuk kita kat dunia,
agak-agak dengan amal kita sekarang,layak tak buat tiket nak masuk syurga
dan seberapa yakinkah kita yang Allah tak kan campak kita ke neraka yang amat kita geruni itu.

Wallahualam.

"Sesungguhnya barangsiapa datang kepada Tuhannya dalam keadaan berdosa, maka sesungguhnya baginya neraka Jahannam. Ia tidak mati di dalamnya dan tidak (pula) hidup."

"Dan barangsiapa datang kepada Tuhannya dalam keadaan beriman, lagi sungguh-sungguh telah beramal saleh, maka mereka itulah orang-orang yang memperoleh tempat-tempat yang tinggi (mulia),(yaitu) surga 'Adn yang mengalir sungai-sungai di bawahnya, mereka kekal di dalamnya. Dan itu adalah balasan bagi orang yang bersih (dari kekafiran dan kemaksiatan)"

[20:74-76]




Syurga atau neraka?You choose.
Ingat, syurga tak kan tercapai dengan hanya angan-angan dan mainan bibir
Syurga tu mahal okayyyyy.
InsyaAllah..together we dream and work for it.Yosh!!!



Tuesday 11 October 2011

Boleh tahan tak?

Bismillahirahmanirrahim

“Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk Neraka Jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahaminya dengannya (ayat-ayat Allah) dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keEsaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai” 
[Al-Quran Kareem-7:179]

Direct je Allah explain kat kita golongan mana di antara kita yang akan jadi isi Neraka Jahanam kelak.

1) Orang-orang yang punya hati  (tetapi) tidak mahu memahaminya dengannya (ayat-ayat Allah) iaitu Al-Quran.
2) Orang-orang yang punya mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keEsaan Allah). 
3) Orang-orang yang punya telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat).

Dan Allah kata lagi 3 golongan ni sama je dengan binatang ternak.
Maknanya sama je dengan lembu, dengan kerbau dengan ayam itik dan lain-lain.

Dan mereka adalah orang-orang yang sesat dan lalai.

Naudzubillah..
Ok pause..Cuba check balik diri kita.
Adakah kita tergolong dalam 3 golongan yang Allah mention ni?
Adakah kita termasuk dalam golongan yang akan jadi isi neraka Jahanam kelak?

Jangan pulak kata yang awak tak takut Neraka Jahanam dan tak kisah pun kena campak kat sana.

Kalau betul macam tu, cuba ambil lighter dan cuba bakar jari tu lebih kurang 30 min. Agak-agak boleh tahan tak?Kalau rasa boleh tahan, boleh la kot nanti tahan kat neraka Jahannam kelak.Kot

Ok.Cukup.
Moga awak yang membaca mendapat pengajaran dari ayat ni.


Sekian dulu dari saya
Assalamuaikum!













Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...