Tuesday 11 October 2011

Boleh tahan tak?

Bismillahirahmanirrahim

“Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk Neraka Jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahaminya dengannya (ayat-ayat Allah) dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keEsaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai” 
[Al-Quran Kareem-7:179]

Direct je Allah explain kat kita golongan mana di antara kita yang akan jadi isi Neraka Jahanam kelak.

1) Orang-orang yang punya hati  (tetapi) tidak mahu memahaminya dengannya (ayat-ayat Allah) iaitu Al-Quran.
2) Orang-orang yang punya mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keEsaan Allah). 
3) Orang-orang yang punya telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat).

Dan Allah kata lagi 3 golongan ni sama je dengan binatang ternak.
Maknanya sama je dengan lembu, dengan kerbau dengan ayam itik dan lain-lain.

Dan mereka adalah orang-orang yang sesat dan lalai.

Naudzubillah..
Ok pause..Cuba check balik diri kita.
Adakah kita tergolong dalam 3 golongan yang Allah mention ni?
Adakah kita termasuk dalam golongan yang akan jadi isi neraka Jahanam kelak?

Jangan pulak kata yang awak tak takut Neraka Jahanam dan tak kisah pun kena campak kat sana.

Kalau betul macam tu, cuba ambil lighter dan cuba bakar jari tu lebih kurang 30 min. Agak-agak boleh tahan tak?Kalau rasa boleh tahan, boleh la kot nanti tahan kat neraka Jahannam kelak.Kot

Ok.Cukup.
Moga awak yang membaca mendapat pengajaran dari ayat ni.


Sekian dulu dari saya
Assalamuaikum!













No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...