Study week bermula!Allahhh.. mimpi ngeri kot
Tak sampai 2 minggu pun lagi nak exam.
Ni bukan exam biasa-biasa, ni exam final yang luar biasa.
Exam yang akan menguji layak ke tak nak jadi safe doctor in future.
Dan sungguh, kalau nak cakap pasal preparation tuuu..memang berterabur.
Bayangkan benda yang 5 tahun semua nak kena revise
Baca yang ni lupa yang tu, baca yang tu lupa yang ni
*stress*
Ok now , take a deep breath and put that exam thingy aside,
Here some boosters/comfort words untuk saya dan maybe untuk awak jugak.
"Jangan ingat kita akan berjaya dengan usaha kita semata. Itu seolah-olah menunjukkan kita mengaku yang kita ni ada kekuasaan. Sebenarnya kita berusaha untuk menunjuk sahaja. Kita berusaha sebab kita nak tunjukkan kepada Allah, betapa kita inginkan apa yang kita hajati itu,tunjukkan kesungguhan kita kepada Allah. Bila Allah lihat kita bersungguh-sungguh menunjukkan kepadaNya betapa kita inginkan perkara itu, baru Allah akan bagi. Dan kalau Allah tak bagi pun, kita tetap yakin bahawa itu yang terbaik untuk kita."[anonymous]
"Your job is the effort. His (Allah's) job is the results. You're not in charge of the results."
[Nouman Ali Khan]
Kita hamba Dia, hanya mampu usaha, usaha dan usaha
Jangan give up, jangan mengaku kalah.
Lulus ke tak exam tuuu tak payah nak risau sangat laa, tu bukan urusan kita.
Kalau rasa stress sangat tu, banyak-banyakkan selawat and zikir
Tak pun stop study kejap pergi ambil wuduk, solat 2 rakaat ke, baca Quran ke
and then sambung study balik. InsyaAllah mujarab.
Jangan takut sangatlah.
Ni baru exam dunia kot belum lagi exam akhirat.
Allah dah bagi weapon kat kita kan iatu doa
So, tenang sajalah.
Usaha habis-habisan, doa tak putus-putus and leave the rest to Him
*a self reminder again and again*
“...Kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad (azam), maka bertawakkallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah amat menyukai orang-orang yang bertakwkkal kepadaNya”( 3: 159).
P/s: Wish me luck and do pray for me . Nanti saya bagi free treatment ^ _^. All the best jugak kepada kamu yang nak exam. Let's do our best ya! Moga Allah permudahkan segala urusan exam kita. Ameen.