Tuesday 15 November 2011

Muttaqeen

Bismillahirahmanirrahim

Muttaqeen=Orang bertaqwa

Nak tau ciri-ciri orang bertaqwa tak?

Ok, pergi cepat ambik tafsir dan buka surah Ali Imran ayat 133-136
Baca, faham dan hayati betul-betul.

Ok.jom kita baca sama-sama.

"Dan bersegeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) Syurga yang luasnya seluas langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa,iaitu :
  • Orang-orang yang berinfak hartanya di waktu lapang mahupun sempit 
  • Orang-orang yang menahan kemarahannya
  • Orang-orang yang memaafkan kesalahan orang lain
  • Orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik
  • Orang-orang yang apabila melakukan perbuatan keji, atau menganiaya diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka .Dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa-dosa selain Allah dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji itu, sedang mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya)
Balasan bagi mereka ialah ialah keampunan dari Tuhan mereka, dan Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya sungai- sungai, mereka kekal di dalamnya. Dan(itulah) sebaik-baik balasan (bagi) orang-orang yang beramal."

Err..agak-agak kita tergolong dalam 'orang-orang' tu tak?
Tergolong tak dalam golongan yang Allah janjikan ampunan dan syurga yang seluasnya langit dan bumi?
Kalau rasanya macam tak lagi, jom sama-sama kita usaha nak?
Semangat sikit..Allah dah offer keampunan dan syurga tuuuu

*Perasan tak ayat ni macam sandwich? Sebabnya,before Allah sebut ciri-ciri muttaqeen tu, Allah sebut tentang ampunan dan syurga, lepas Allah list semua ciri-ciri tu, Dia tutup balik ayat tu dengan sebut ampunan dan syurga gak. Mulanya saya tak perasan gak, tapi lepas dengar lecture dari Bro Nouman Ali khan baru saya perasan. Ok, nak promote ni. Nanti pergi you tube, cuba search Nouman Ali Khan. MasyaAllah...saya sangat-sangat suka dia. I mean his lecture. Cara dia explain tu memang clear, sampai ke hati dan buat kita reflect ourselves. Biasanya dia akan start lecture dengan baca certain ayat Quran dan dari situ dia akan explain more and more about that ayat and also the tafseer itself. Dan lagi satu sebab saya suka dia, walaupun dia speaking, tapi bagi orang yang tak pandai english macam saya, still boleh catch up dan faham sebabnya dia guna simple term and accent dia pun tak pelik sangat. Dahla handsome*evil laugh*. But seriously, Bro Nouman ni memang awesome.Dia punya lecture memang superb. Dengar banyak kali pun tak boring.Makin semangat adalah. Dan kadang-kadang boleh melelehkan air mata.Tak caya try dengar. Saya dah addicted dah. Habis semua saya explore dan download..heee.

Ok, kat bawah ni vid ciri-ciri muttaqeen. Saya extract dari video ni laaa.


Kalau nak yang mp3 file, kut-kut nak letak dalam mp3 player ke, ipod ke, boleh download kat dia punya official website, http://www.nakcollection.com/ .Macam-macam ada kat sana.

Kat facebook pun ada, pergi je page Nouman Ali Khan collection and Quran weekly. Cepat pergi like.

Ok, cukup kot promote.
May Allah bless you and reward you with Jannah Bro Nouman Ali.

and again jom sama-sama kita berusaha untuk jadi 'orang-orang ' itu
sama-sama mengejar ampunan Allah dan syurgaNya.

Are you game?





 




2 comments:

  1. membaca seluruh blog, cukup bagus

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dan sesungguhnya apa yg baik itu hanya dari Dia..Jzkk anon :)

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...