Saturday, 31 December 2011

Kita mudah terlupa yang...


Bismillahirahmanirrahim

Telah datanglah kepada Rasullullah seorang lelaki dari kalangan al-Ansar dan memmberi salam ke atas Nabi SAW, kemudian berkata: Wahai Rasulullah, siapakah mukmin yang terbaik? Nabi menjawab: “Mereka yang terbagus akhlaknya.” Dia bertanya lagi, “Maka siapakah mukmin yang paling cerdik?” Nabi menjawab: “mereka yang paling banyak mengingati mati dan yang terbaik ialah yang melakukan persediaan untuk selepas itu. Itulah orang yang paling cerdik.” 


Kita jarang jadi orang cerdik tu kan?
Kita selalu fikir kita lambat lagi nak mati, kita kan still muda.
Padahal berlambak je kat labour room, baby baru lahir tak sempat nak hidup sehari pun.
Kita lupa yang mati tu tak pernah mengenal usia.
Kita selalu fikir yang kita takde sebab kukuh nak mati, sebab kita sihat walafiat kan..
Sihatla kot kalau nak dibanding dengan orang-orang yang menderita sakit menunggu masa.
Kita lupa kalau dah sampai masanya, 
even tengah tidur nyenyak pun Allah boleh je tarik nyawa tu.

Kita tahu yang mati itu pasti , kita tahu Izrail datang tanpa kad jemputan,
but then kita still acah tak acah je..gaya macam hidup lama je..
Kita busy dengan dunia, busy dengan study, busy dengan family, busy dengan bf/gf,
busy dengan itu, busy dengan ini..busy dengan macam-macam.
Terlampau busy hingga terlupa yang kita ni akan mati.
Terlampau busy hingga terlupa bersedia untuk mati.

Kita mudah terlupa, sering terlupa yang kita akan ke 'sana', ke 'sana' yang kekal abadi.
Dalam sehari berapa kali agaknya kita mengingati mati?
Berapa kali kita menunduk mengingatkan azab kubur, padang masyar, syurga neraka
Kalau nak dibandingkan dengan mengingati hal-hal dunia yang endless.
Diri yang menulis ni pun tak terkecuali.
Liat benar nak mengingati mati.

Teringat satu analogi Bro Nouman dalam satu ceramahnya.
Dia kata hidup kita kat dunia ni..semua ada deadline masing-masing.
Samalah dengan student yang tengah buat assigment...ada deadline jugak kan.
Kalau kata deadline tu esok, for sure malam ni student tu akan pulun habis-habisan, stay up nak siapkan assignment tu kan.
Bezanya yang student tu dia tahu la deadline tu bila.
Tapi kita hidup kat dunia ni tak tahu entah bila deadline tu.
Sebab itula kita kena lagi takut dan lagi nak kena pulun awal-awal kan.
Sebab deadline kita tu mungkin esok, mungkin lusa, bila-bila masa je yang Allah dah tetapkan.
Kalau Allah dah kata deadline kita tu esok,
Agak-agak boleh tak suruh Allah posponkan ke tahun depan sebabnya kita tak sedia lagi.

Wallahualam.


P/s: Moga awak yang membaca dan saya yang menulis Allah golongkan dalam golongan orang-orang yang cerdik tu..InsyaAllah.


"Dan bagi tiap-tiap umat menpunyai ajal (batas waktu), maka apabila ajalnya tiba, mereka tidak dapat meminta penundaan atau percepatan walau sesaat pun" [7:34]


"Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam surga, maka sungguh ia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan"[3:185]


From tumblr
                   

Tuesday, 15 November 2011

Muttaqeen

Bismillahirahmanirrahim

Muttaqeen=Orang bertaqwa

Nak tau ciri-ciri orang bertaqwa tak?

Ok, pergi cepat ambik tafsir dan buka surah Ali Imran ayat 133-136
Baca, faham dan hayati betul-betul.

Ok.jom kita baca sama-sama.

"Dan bersegeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) Syurga yang luasnya seluas langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa,iaitu :
  • Orang-orang yang berinfak hartanya di waktu lapang mahupun sempit 
  • Orang-orang yang menahan kemarahannya
  • Orang-orang yang memaafkan kesalahan orang lain
  • Orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik
  • Orang-orang yang apabila melakukan perbuatan keji, atau menganiaya diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka .Dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa-dosa selain Allah dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji itu, sedang mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya)
Balasan bagi mereka ialah ialah keampunan dari Tuhan mereka, dan Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya sungai- sungai, mereka kekal di dalamnya. Dan(itulah) sebaik-baik balasan (bagi) orang-orang yang beramal."

Err..agak-agak kita tergolong dalam 'orang-orang' tu tak?
Tergolong tak dalam golongan yang Allah janjikan ampunan dan syurga yang seluasnya langit dan bumi?
Kalau rasanya macam tak lagi, jom sama-sama kita usaha nak?
Semangat sikit..Allah dah offer keampunan dan syurga tuuuu

*Perasan tak ayat ni macam sandwich? Sebabnya,before Allah sebut ciri-ciri muttaqeen tu, Allah sebut tentang ampunan dan syurga, lepas Allah list semua ciri-ciri tu, Dia tutup balik ayat tu dengan sebut ampunan dan syurga gak. Mulanya saya tak perasan gak, tapi lepas dengar lecture dari Bro Nouman Ali khan baru saya perasan. Ok, nak promote ni. Nanti pergi you tube, cuba search Nouman Ali Khan. MasyaAllah...saya sangat-sangat suka dia. I mean his lecture. Cara dia explain tu memang clear, sampai ke hati dan buat kita reflect ourselves. Biasanya dia akan start lecture dengan baca certain ayat Quran dan dari situ dia akan explain more and more about that ayat and also the tafseer itself. Dan lagi satu sebab saya suka dia, walaupun dia speaking, tapi bagi orang yang tak pandai english macam saya, still boleh catch up dan faham sebabnya dia guna simple term and accent dia pun tak pelik sangat. Dahla handsome*evil laugh*. But seriously, Bro Nouman ni memang awesome.Dia punya lecture memang superb. Dengar banyak kali pun tak boring.Makin semangat adalah. Dan kadang-kadang boleh melelehkan air mata.Tak caya try dengar. Saya dah addicted dah. Habis semua saya explore dan download..heee.

Ok, kat bawah ni vid ciri-ciri muttaqeen. Saya extract dari video ni laaa.


Kalau nak yang mp3 file, kut-kut nak letak dalam mp3 player ke, ipod ke, boleh download kat dia punya official website, http://www.nakcollection.com/ .Macam-macam ada kat sana.

Kat facebook pun ada, pergi je page Nouman Ali Khan collection and Quran weekly. Cepat pergi like.

Ok, cukup kot promote.
May Allah bless you and reward you with Jannah Bro Nouman Ali.

and again jom sama-sama kita berusaha untuk jadi 'orang-orang ' itu
sama-sama mengejar ampunan Allah dan syurgaNya.

Are you game?





 




Thursday, 27 October 2011

Cakap tak serupa bikin?

Bismillahirahmanirrahim

Hear my say via Tumblr


Jika ditanya
"Eh,nanti kat akhirat, hang agak-agak nak masuk syurga ke neraka?

Mesti kita reply dengan yakinnya
"Apa jenis soalan ni..mestila syurga beb..kita kan orang Islam..neraka tu azab kot"

That's the common answer right?

Sapalah yang tak nak masuk syurga kan?
dan sapalah yang nak masuk neraka yang penuh azab tu kan

But the question here,
Do we really mean the answer above?Do we really work hard for that?

Kita cakap kita nak masuk syurga,
tapi adakah kita usaha bersungguh-sungguh untuk masuk syurga
Kita cakap kita tak nak masuk neraka,
tapi adakah kita  betul-betul mencegah diri kita dari perkara-perkara yang boleh membawa kita ke neraka.

Cakap saja tak cukup la wak, tulis saja pun tak cukup, berangan saja pun tak cukup, 
Kena ada usaha ke arah itu, kena usaha sungguh-sungguh.

Dan usaha itu kita kena start sekarang.
Sebelum kita mati, sebelum kita ke akhirat, sebelum amalan kita dihisab, sebelum kita nak lalu titian sirat, sebelum Allah putuskan kita ni golongan kanan or kiri (sila refer Surah Al-waqiah)

Ok now, take your 5mins
Jom sama-sama kita tanya diri kita ,
Andainya hari ini adalah terakhir untuk kita kat dunia,
agak-agak dengan amal kita sekarang,layak tak buat tiket nak masuk syurga
dan seberapa yakinkah kita yang Allah tak kan campak kita ke neraka yang amat kita geruni itu.

Wallahualam.

"Sesungguhnya barangsiapa datang kepada Tuhannya dalam keadaan berdosa, maka sesungguhnya baginya neraka Jahannam. Ia tidak mati di dalamnya dan tidak (pula) hidup."

"Dan barangsiapa datang kepada Tuhannya dalam keadaan beriman, lagi sungguh-sungguh telah beramal saleh, maka mereka itulah orang-orang yang memperoleh tempat-tempat yang tinggi (mulia),(yaitu) surga 'Adn yang mengalir sungai-sungai di bawahnya, mereka kekal di dalamnya. Dan itu adalah balasan bagi orang yang bersih (dari kekafiran dan kemaksiatan)"

[20:74-76]




Syurga atau neraka?You choose.
Ingat, syurga tak kan tercapai dengan hanya angan-angan dan mainan bibir
Syurga tu mahal okayyyyy.
InsyaAllah..together we dream and work for it.Yosh!!!



Tuesday, 11 October 2011

Boleh tahan tak?

Bismillahirahmanirrahim

“Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk Neraka Jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahaminya dengannya (ayat-ayat Allah) dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keEsaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai” 
[Al-Quran Kareem-7:179]

Direct je Allah explain kat kita golongan mana di antara kita yang akan jadi isi Neraka Jahanam kelak.

1) Orang-orang yang punya hati  (tetapi) tidak mahu memahaminya dengannya (ayat-ayat Allah) iaitu Al-Quran.
2) Orang-orang yang punya mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keEsaan Allah). 
3) Orang-orang yang punya telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat).

Dan Allah kata lagi 3 golongan ni sama je dengan binatang ternak.
Maknanya sama je dengan lembu, dengan kerbau dengan ayam itik dan lain-lain.

Dan mereka adalah orang-orang yang sesat dan lalai.

Naudzubillah..
Ok pause..Cuba check balik diri kita.
Adakah kita tergolong dalam 3 golongan yang Allah mention ni?
Adakah kita termasuk dalam golongan yang akan jadi isi neraka Jahanam kelak?

Jangan pulak kata yang awak tak takut Neraka Jahanam dan tak kisah pun kena campak kat sana.

Kalau betul macam tu, cuba ambil lighter dan cuba bakar jari tu lebih kurang 30 min. Agak-agak boleh tahan tak?Kalau rasa boleh tahan, boleh la kot nanti tahan kat neraka Jahannam kelak.Kot

Ok.Cukup.
Moga awak yang membaca mendapat pengajaran dari ayat ni.


Sekian dulu dari saya
Assalamuaikum!













Tuesday, 23 August 2011

Will you change with me?

 Bismillahirahmanirrahim

Take your time and read this beautiful article
for the full version just click the title above

"Everything we do, should be for Allah Subhanahu Wa Ta'alaa. Everything we do, from getting up in the morning for school or work, to praying, to dealing with people kindly, to taking care of our parents, on and on and on. When you do things for Allaah (Your Creator), you have this feeling, like no one can bring you down. Like what you’re doing is so beautiful, so pure, because it’s only for Him, no ne else. It’s not to please your family, or friends, or even necessarily yourself, but solely to please Allah. When you think about that, and you think about what that means, and where it’s taking you… well, I think it’s a beautiful thing. I think it’s so easy to forget that, to forget that we’re here for a purpose and when that purpose is fulfilled, we’re gone. Enjoy your life, enjoy your time here, but enjoy it for the sake of Allah."

I don’t want to be the same person at the end of this Ramadan. I want to change. I want to be better.

"Will you change with me?"




Buat ‘awak’ yang mahu berubah,
Berubahlah, walaupun payah.
Berubahlah, ke arah hidup lebih indah.
Hidup dan masa muda sekali cuma. 
Sanggup nak sia-siakan tanpa redha-Nya?
                                            [Versus,Hlovate]


Kalau bukan sekarang, bila lagi agaknya.
Moga Ramadhan ini jadi saksi.
Moga Ramadhan ini jadi satu titik tanda.
Tanda permulaan yang indah.
InsyaAllah.

Thursday, 18 August 2011

17 hari

Bismillahirahmanirrahim

18 Ramadhan.

Pejam celik pejam celik dah 17 hari kita berpuasa.
Dah 17 hari menahan lapar dan dahaga.

So, bagaimana agaknya Ramadhan kita yang 17 hari dah tu?

Meh kita ingat balik apa yang kita dah buat sepanjang 17 hari tu

Adakah dalam masa 17 hari tu,

Kita puasa tapi solat lima waktu masih tak dijaga
Kita puasa tapi aurat masih tak ditutup dengan sempurna
Kita puasa tapi masih bertepuk tampar dengan yang bukan mahram
Kita puasa tapi mulut masih sibuk mengata orang sana sini
Kita puasa tapi masih gagal nak menundukkan pandangan
Kita puasa tapi masih gagal nak menghijab hati

Ataupun kita puasa tapi

Masih suka membaca majalah lagha daripada membaca Kalamullah
Masih suka bercakap kosong daripada menghiasi bibir dengan zikirullah
Masih liat nak bertarawih apatah lagi nak berqiamullail
Masih suka mengasak telinga dengan lagu-lagu lagha
Masih berkira-kira nak bersedekah walaupun seringgit cuma
Masih lagi nak menangkan nafsu dalam setiap hal

Masih begitukah kita?

Kalau jawapannya ya

Sungguhlah kita termasuk dalam golongan orang-orang yang merugikan Ramadhan.
Merugikan bulan yang maha hebat ni.
Kehebatan Ramadhan tak perlu saya cerita.
Rasa-rasanya masing-masing tahu, masing-masing faham bulan Ramadhan ni bulan yang macam mana.

Terdengar tazkirah tadi
Ustaz kata kalau kita kat bulan Ramadhan ni
Takda usaha nak buat amal ibadat
Tak terasa nak rebut offer-offer yang Allah bagi
and the worst part, rasa Ramadhan ni biasa-biasa aja
maksudnya roh kita tu dah mati, dah tahap kritikal
huuuu..tak ke scary roh mati

Mungkin ada yang kata,

"Ramadhan tahun depan kan ada lagi, kita rilek dulu la der"

Alahai..hidup mati bukan kerja kita la wak.
Esok lusa pun kita tak boleh nak sure kita still hidup ni nak cerita pasal Ramadhan yang tahun depan.

So dengan tempoh yang masih bersisa ni, yang agak suntuk.
Saya menyeru diri saya sendiri dan awak yang membaca.

Demi Dia yang mencipta , marilah  kita
sama-sama pulun buat amal sebaik dan sebanyak mungkin,
sama-sama bangun menyucikan hati,
sama-sama tunduk dan bersujud kepadaNya
sama-sama jadikan Ramadan ini yang terbaik bagi kita dan terbaik di mata Dia.

Jangan kita sia-siakan Ramadhan kali ini. Siapa tahu ia mungkin yang terakhir.

Dan mudah-mudahan Ramadhan kali ini menjadikan kita orang-orang yang bertaqwa.

Ameen



Sunday, 3 July 2011

It's not as simple as that.

Bismillahirahmanirrahim

Someone asked me,

"Macam mana kalau ada hamba Allah tu dia fikir nak jadi baik, tapi dia just fikir je. Kadang-kadang dia usaha nak jadi baik, kadang-kadang tak. So macam mana nak usaha nak jadi baik and macam mana nak istiqamah."

Lebih kurang cam gitula soalannya .
So, that's the issue here.
Here we go.

Kalau cakap bab nak berubah jadi baik ni, rasanya semua orang ada keinginan nak change for good.
Nak jadi lebih baik, lebih baik dan lebik baik,
For Muslim,specifically change for good for Him.
Cuma bezanya kat sini, timing.
Ada orang tu nak berubah bila dia dah kahwin,
Ada orang tu nak berubah bila dia gi Mekah,
Ada orang tu nak berubah bila umur dah 40,
and so on..macam-macam timing.
dan biasanya excuse yang  biasa kita guna

"Rilekla dulu,belum sampai seru ,belum sampai hidayah."

Gaya  macam kita tau je bila kita nak mati kan?
Kalau kita mati sebelum kita gi Mekah, sebelum kita kawin, sebelum kita umur 40?
Bila masa pulak nak berubah?

Lagi satu,hidayah Tuhan perlu dicari bukan dinanti.
Dan Allah dah state awal-awal dalam Al-Quran [13:11], yang Allah 

Takkan merubah keadaan seseorang atau sesuatu kaum itu 
sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri.

Straight je kena atas batang hidung. 
So, bila Allah dah ketuk pintu hati kita, dah ada 'rasa' nak berubah.
Grab it, hold it tightly and work for it.
Jangan kita pandang benda tu sebelah mata.
Jangan kita ingat 'rasa' tu akan valid sampai bila-bila.
Sekelip mata je Allah boleh tarik 'rasa' itu dan bagi kat orang lain.
Boleh bayang tak kalau nanti kita dah takde 'rasa' tu.
Kita rasa kita dah cukup baik dah cukup selesa.
Lagi teruk bila kita buat dosa ,kita dah tak rasa bersalah pun.
Nauzubillahi min zalik

Ok..let me ask you one question.
How you define 'baik', 'warak' or 'alim' ?
Is that by solat lima waktu,berpuasa di bulan Ramadhan, pergi haji.
Is that by bertudung labuh, berjubah or berketayap.
Is that by pergi masjid 5 waktu dan tak miss baca quran tiap-tiap hari.
Kalau nak ikut logik,apa yang saya state kat atas memang boleh dimasukkan dalam kategori baik.

Actually the definition of baik is more than that
*got this definition from Versus by Hlovate*

It's about masuk ke dalam Islam secara seluruhnya 
macam yang Allah suruh kita dalam Surah Al-Baqarah ayat 208 

Baik is when we follow Islam fully, completely
not just parts of Islam which don’t conflict with your culture.
Not just parts which you find easy to follow.
Not just parts which you understand.
Not just parts which your parents approve of.
Not just parts which your friends find acceptable.
Not just parts which are appealing.
Don’t follow Islam by convenience.
Remember, there is no such thing as a part-time Muslim.
*credit to hakuna-mataata, Tumblr*

Senang kata,kita memang jadikan Islam ni as the way of our life.
Dari setiap segi,kita letak Islam kat depan.
Dari segi pergaulan, bercakap, aurat, perniagaan, belajar, rumahtangga dll
Semuanya Islam.
Kalau solat cukup, tapi tak pakai tudung,
Kalau pakai tudung, tapi still buat benda yang ditegah(mengumpat, menfitnah, riak etc)
So,belum cukup baik lagila tu.
Dan memang bukan senang nak jadi baikdalam erti kata sebenar.
We will never be perfect .
Sebab tu kita kena sentisa ingat yang

  Allah tengok usaha kita bukannya natijah atau hasil 

usaha dulu habis-habisan and leave the rest to Him
kalau kita mati pun, kita dah boleh mati tersenyum sebab kita dah usaha

Dan bila cakap bab usaha nak jadi baik ni, memang bukan benda mudah and simple macam lukis orang lidi.
Bukan senang nak ubah benda yang dah sebati, sedarah sedaging dengan diri kita,
Bukan senang nak ubah diri dalam zaman yang mana Islam makin dipandang remeh, 
Bukan senang sesenang nak menulis dan menyebut, 
BUKAN SENANG

But to make it easier, apa kita kita try usaha sikit-skit and simple-simple dulu.
Sikit-sikit tapi  berterusan,konsisten,istiqamah.
Sebabnya Rasulullah S.AW ada bersabda

"Amalan yang paling dicintai oleh Allah Ta’ala adalah amalan yang berterusan walaupun itu sedikit.”

Bukankah sikit-sikit lama-lama kan jadi bukit.

Apa kata mula-mula kita try baiki dulu solat kita, benda yang paling asas.
Sebab solat yang sempurna dapat mencegah kita dari perkara keji dan mungkar.
Kita try fahami setiap bacaan kita dalam solat supaya kita jadi lebih khusyuk,try hafal surah-surah kecil(muqaddam) so that masa solat kita takdela asyik duk recite 3Qul je.
Barula solat kita jadi menarik and kita pun happy je nak solat.
Kalau rasa rajin lagi, boleh try buat qiam sebulan sekali ke, solat Dhuha seminggu sekali ke.
Mana yang termampu.Tiada paksaan.

Dan kalau dulu kita  tak pernah baca quran,
Apa kata kita try baca at least semuka sehari.
Sebabnya quran ni boleh lembutkan hati kita
Sesibuk mana pun kita,kita jangan tidur selagi tak baca quran.
Kalau kita buat benda ni selalu, lama-lama kita akan rasa bersalah nak tinggal ,rasa sayang.
Kalau rasa tajwid tak betul, perbetulkan.
Kita boleh tanya kawan kawan yang mahir, boleh cari buku tajwid or kita boleh dengar sheikh/qari baca quran and kita banding ngan bacaan kita
Bila dah fasih and selesa, bolehlah kita pulun baca quran 1 juzuk seminggu.
InsyaAllah bolehla khatam quran sekali setahun. 

Kalau dah boring baca Al-Quran saja,apa kata kita cuba baca dengan tafsir sekali pulak.
Try faham and hayati apa yang Allah state dalam tu.
Kita buat macam kita baca novel cinta.
Sebabnya ayat-ayat suci ni macam love letter from Him to us.
Believe me that this love letter tersaaaaangatlah sweet.
Will comfort you anytime :) 
Dan lagi bagus kalau boleh kita try apply dalam hidup kita.

Kalau dulu kita (perempuan) suka pakai short sleeve,apa kata kita try pakai long sleeve pulak.
Kalau dulu suka pakai jeans yg ketat ketat,apa kata kita try pakai jeans yang longgar-longgar pulak.
Kalau dulu pakai tudung nampak dada, apa kata cuba jatuhkan or labuhkan tudung tu sedikit demi sedikit.

Any change yang kita nak buat  tu biar berperingkat-ringkat.
Jangan terlamapu drastik,dan jangan terlampau slow
Dan biar la makin lama makin improve, makin baik.
Kalau boleh cuba buat carta kemajuan untuk diri kita. 
At least kita boleh tengok apa benda yang kita dah improve, apa benda yang masih belum setel.
Lebih kurang macam checklist la
Benda-benda ni semua akan ambil masa.
Doa jangan putus-putus.
Moga Allah akan sentiasa mudahkan jalan kita dan tetapkan hati kita.

Yang paling penting kalau boleh dalam sehari tu, kita jangan lupa makanan untuk hati kita.
Cari apa saja untuk lembutkan hati kita ni selain Al-Quran.
Artikel,hadis,quote,kata-kata hikmah, tazkirah,kisah-kisah teladan, ceramah etc.
Anything la yang boleh motivate us, inspiring us and remind us to Him .

Kalau suka berfacebook or bergoogle,boleh cari artikel-artikel or page yang boleh remind us to Him.
Kalau suka berYouTube, boleh cari vid yang remind us to Him.
Kalau suka baca buku, boleh cari buku yang remind us to Him
Kalau suka dengar lagu, boleh try dengar lagu yang remind us to Him
kan sekarang ni semua dah ada mp3 and ipod masing-masing.
Tak luak memory tu kalau kita letak satu folder nasyid.
Kalau suka berfikir, fikir anything yang remind us to Him.
Make our hobby as a ticket to getting closer to Him.

Kalau nak yang direct ,pergi cari kawan-kawan yang boleh bagi tazkirah kat kita.
Cari kawan yang boleh tegur kita, yang ingatkan kita tentang Dia.
Or pergi je majlis-majlis ilmu yang terdekat.

Dan memang ,at the first time nak buat benda-benda cam gini kita rasa semacam je.
Rasa janggal,tak biasa, serba tak kena. 
Rasa orang tengok kita pelik. Dan kita rasa hipokrit, tak ikhlas.
Kita rasa kita berlagak baik.
Sebabnya kita yang sebenar bukan cam gitu.
Semua tu sebenarnya adalah bisikan syaitan.
Syaitan yang memang tak senang duduk tengok kita nak jadi baik.
Syaitan yang dah berjanji depan Tuhan yang dia nak sesatkan kita dan campak kita ke neraka Jahannam.

So, teruskan saja apa yang kita buat tu.
Cekalkan hati,jangan biarkan syaitan tu menang
Mula-mula memanglah susah, tapi kalau kita paksa diri buat, 
lama-lama benda ni akan jadi habit dan jadi darah daging kita.
Fake it till you make it!

Dan,adakala kita rasa kita ni main aci tarik tali je dengan Tuhan.
Kadang-kadang kita sedar, kadang-kadang  kita hanyut.
Kita rasa berdosa dan bertaubat but then kita hanyut balik. And the circle goes on.
Memang futrahnya iman kita ni turun naik.
Sebab tu kita kena peka dengan iman kita.
Kalau kita rasa  iman kita tengah nazak, cepat-cepat cari ubat.
Dan memang fitrahnya kita akan buat dosa, kita bukan maksum.
Apa yang penting, kita sedar kita berdosa dan kita cepat-cepat bertaubat.
Allah sentiasa buka pintu taubat untuk kita.
Even kita dah membunuh 100 orang sekalipun.

Kalau nak cakap bab ikhlas pulak,itu urusan Allah.
Biar Allah tentukan kita kat mana.
kita sebagai Hamba buat je yang termampu dan sehabis baik.

Dan jangan lupa pekakkan telinga ,butakan mata dengan mulut dan mata orang sekeliling yang takda insurans.
Kita bukan nak convince diaorang pun dengan usaha-usaha kita.
Kita bukannya nak impress diaorang pun.
Doakan je biar Allah buka pintu hati mereka.

So as conclusion, ruang perubahan tu sentiasa ada.  
Tinggal kita je samada nak buka or nak tutup terus ruang tu.
Ingat Allah tak perlukan kita dan Allah tak rugi sikit pun kalau kita tak berusaha jadi baik.

And as reminder,
bila kita dah di atas, dah jadi baik sikit,
jangan kita nak pandang serong kat orang yang kurang baik.
Jangan nak rasa kita ni lagi bagus dari dia.
Ingat, bila-bila masa je Allah boleh ubah tempat kita dengan dia
Kan lagi bagus kalau  kita ajak dia sama-sama ngan kita.
Sama-sama usaha untuk jadi yang terbaik di mata Dia

Dan ini janji -janji Allah untuk kita:

Katakanlah,"Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dialah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. Dan kembalilah kamu kepada Tuhan kamu dengan bertaubat, serta berserah bulat-bulat kepadaNya, sebelum kamu didatangi azab; kerana sesudah itu kamu tidak akan diberikan pertolongan." [39:53-54]

"Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredaan) dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya." [29:69]

"Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu membela (agama) Allah nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu."[47:7]


Allah sangat sweet kan  :)

Wallahualam


e.n.d

P/s:Actually the question above was the same question that I'm trying to figure out fews years ago. Alhamdulillah, by times I slowly got the answer. To my dear someone who asked this question, thanks for asking and may everthing that I babbling here will put smile on your heart  ♥


Sunday, 26 June 2011

Cinta manusia vs Cinta Tuhan

Bismillahirahmanirrahim

  1. A : "Weh kau tahu tak boyfriend aku call aku 3x sehari, love of my life (sambil buat muka mintak kaki)"
  2. B : "Oh really? lover aku call aku 5x sehari (muka bangga)
  3. A : Bestnya, banyak credit lover kau?
  4. B : Taklah ni connection wire-less
  5. A : (Muka tak puas hati) hmm.. Pukul bape dia call?
  6. B : SUBUH, ZOHOR, ASAR, MAGHRIB and ISYAK. Nak romantik aku pulak call DIA pukul 2-3 pagi macam tu. Masa Dhuha pun ada.

got this from Tumblr.
padan muka si A kan...
berlagak je dia ada pakwe yang call..
lain kali kalau ada kawan2 yang berlagak cam si A ni 
bolehla kita jawab macam si B ni..hehe

so pengajaran dari dialog atas
jangan kita nak agung-agungkan cinta manusia lebih dari cinta DIA.
jangan kita nak cinta manusia lebih-lebih, tapi cinta kat DIA kita letak tapak kaki
cinta manusia itu tak salah
tapi bila cinta manusia membuatkan kita lupa cinta DIA
itu yang salah.

"Cinta manusia itu urusan Dia. Cintakan Dia itu urusan kita. Jangan sibukkan diri dengan urusan Dia, sedangkan kita gagal menyempurnakan urusan kita"

 
Wallhahulam
 








Friday, 24 June 2011

Quick Grasp of Faith


Bismillahirahmanirrahim

21. How do I know which one of my actions will meet with Allah’s approval?

Allah always inspires the most proper course of actionthrough the conscience of one who fears Him. In a verse,Allah says:

You who believe! if you go in fear (taqwa) of Allah, He will give you a criterion (by which to judge between right and wrong) and will cleanse you of your sins and forgive you.Allah’s favour is indeed immense. (Surat al-Anfal: 29)

It should not be forgotten that the first voice the individual hears in his heart is the voice of his conscience which helps him to judge between right and wrong, and it is this very voice which tells him the behaviour that will please Allah.People who fear Allah arrive at the truth by listening to the voice of their conscience.

22. Is there any other voice in a person’s heart apart from that of his conscience?

All of the other alternatives that surface after the voice of one’s conscience are the “voices of the self” that try to suppress the conscience. The self tries with all its might to prevent one from behaving righteously and to make one do evil deeds. It may not do this very openly.It may outline certain excuses which may seem sensible. It may cause one to say “all this will come to nothing.” Allah states this truth in the Qur’an:

“By the soul and Him that moulded it and inspired it with the knowledge of sin and piety: blessed shall be the man who has kept it pure.” (Surat ash-Shams: 7-9)

As stated in the verse, man is a prey to sin but knows he has a duty to guard against it. Man is tested on his choice between good and evil.

extract from Quick Grasp of Faith by Harun Yahya

and for other ebooks from him you can download here
http://www.harunyahya.com/html/m_book_index.htm

Happy reading :)

Wednesday, 1 June 2011

”The man who decided to change on the 12th hour dies on the 11th”


‎Bismillahirahmanirrahim
Take your time.
Read and heed.

this quote taken from Contengan Jalananan by Hlovate
seriously quote ni memang ‘berhantu’ and catchy bak kata si Fend 
sejak baca novel tu, kepala asyik duk fikir benda ni je..dah jadi macam si Fend dan K2 dah
and for the first time dalam hidup baca novel air mata meleleh tanpa sedar..aaaaaaa
teruk betul la penangan Hlovate ni
memangla saya ni minah leleh,minah emo
tapi tak pernah dalam hayat kot baca novel boleh sampai leleh.
tengok movie adala..‎
tapi betul laa 
novel2 Hlovate ni memang superb
never fail to impress me
never fail to make me think and reflect myself
never fail to inspiring me
never fail to make me tersenyum sorang2 and ternangis sorang2
each word yang dia guna memang sampai ke hati..telus
mesej dia memang priceless
mesej yang membawa kita kepada Dia.

Ok2.. back to the main topic here ( later I’ll talk more about Hlovate)

”The man who decided to change on the 12th hour dies on the 11th”

meh kita hayati betul2 quote ni
ada rasa tak kita ni actually lebih kurang sama je dengan ‘the man’ dalam quote ni.
suka sangat bertangguh nak berubah, gaya macam hidup lama je kan.
berubah kat sini meaning berubah ke arah yang lebih baik,kembali kepada fitrah, kembali kepada DIA yang mencipta kita
bezanya kita dengan ‘the man’ ni
Dia dah mati, dah takda peluang nak change for good. Nothing left.
Kita masih hidup, masih ada peluang nak berubah, masih tak terlambat selagi nyawa tak sampai kerongkong
persoalannya sekarang sampai bila peluang tu nak tunggu kita
kita mati jam berapalah agaknya
dan sungguh dengan izin Allah saya tak nak jadi macam ’ the man’ dalam quote ni
Tak nak.Sungguh.
Saya tak nak jadi orang yang rugi mcam dia.Nauzubillah
Apa kamu nak jadi macam dia?

”The man who decided to change on the 12th hour dies on the 11th”

I bet u’ll say a big NO
So,the next step
U know what to do right?

Moga Allah permudahkan langkah2 kita..Ameen


Maka hadapkanlah wajahmu dengan lurus kepada agama Allah ; (tetaplah atas) fitrah Allah yang telah menciptakan manusia menurut fitrah itu. Tidak ada perubahan pada fitrah Allah. (Itulah) agama yang lurus; tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui [30:30]


P/s: God bless u Hlovate.Thank God I found u



Friday, 6 May 2011

Tidur tu bukan saja-saja tau!


Assalamualaikum w.b.t

mode:stress exam :((

Bila saya busy dan kalut-malut prepare untuk exam
benda yang saya paling tak suka adalah
bila saya terlajak tidur..arghhh
means bila plan nak tidur 1/2 jam jadi 2 jam, 1 jam jadi 3 jam
even alarm dah set kiri kanan,roomate dah kejut berkali-kali
memang salah sendiri la,tidur mati tak ingat dunia
bangun je tidur (terlajak),surely jadi bad mood
geram ngan diri sendiri, rasa nak nangis pun ada
tau jela bila nak exam,masa tu sangat precious kot
semua benda pun nak berkira
tapi cuba gak pujuk diri
takpelah..Allah nak bagi peluang rehat la tu..
baca Al-Quran jumpa pula ayat ni..

“(Ingatlah) ketika kamu diliputi perasaan mengantuk untuk memberi ketenteraman dari-Nya, dan (ingatlah ketika) Dia menurunkan kepada kamu hujan dari langit untuk mensucikan kamu dengannya dan menghapuskan dari kamu gangguan Syaitan dan juga untuk menguatkan hati kamu dan menetapkan dengannya tapak pendirian (kamu di medan perjuangan).”[Al-Anfal:11]


phewww…senyum sendiri  :))
Oh..Allah nak suruh rasa tenteram dan aman rupanya...


p/s: Dengan tidur saya nak berkira, dengan Fb, bloggers and Tumblr takde nak kira-kira pulak..Ish

Saturday, 23 April 2011

Kenapa nak jadi doktor??


Assalamualaikum w.b.t

Actually this is a title for one article posted by Ustaz Hasrizal a.k.a Saiful Islam
Really nice and inspiring post
and after I read it.,I started to ask myself this question again n again
Kenapa la nak jadi Dr weh?
Here we go..

Ikhlasnya..sejak mula2 pilih medical course dulu memang tak pernah fikir hal ni
pilih hentam keromo je..
takda perasaan..takda istikharah,takda fikir panjang2..aci redah je
ma abah pun sokong aje..n diorang memang suka sangat kot
kalau nak ikut cita2 dulu, nak jadi cikgu/pensyarah je
tak pernah kot sebut nak jadi doktor..tak pernah
entah kenapa after dapat result matrikulasi
course ni jugak yg menjadi 1st choice..
and Alhamdulillah ada rezeki.Dapat..

Tapi..bila dah masuk year 1 medical school
waaaaaa..hectic gila kot
kena gi kuliah dari pagi sampai petang,non stop
kena hadap buku yg berkilo2 beratnya..
kena ingat tu,kena ingat ni
anatomy,physio,biochem,drugs…
otak macam dah tepu kot
stress fizikal and mental
masa tu dah ada sikit unsur2 menyesal amik medic
mulalah masa tu duk bising2
“Kenapalah aku amik medic ni??” kenapa???
tapi masa tu walaupun macam dah menyesal tapi still degil..nak continue gak
sebab masa tu fikir kalau orang lain boleh, aku mesti boleh gak..Confident je kan?

And dipendekkan cerita dapatlah bertahan until year 3..
Tapi dalam tempoh masa 3 tahun tu
air mata memang tak yah cakap la…
bertong2 kot dah tumpah..boleh buat sungai kot
tu semua stress punya pasal
saya memang minah leleh pun..huhu
But Alhamdulillah.
Allah still bagi saya kekuatan dalam menangis2 tu untuk terus
bertahan sampai sekarang,
year 4..Alhamdulillah

and bila dah naik year 4 which we call it as clininal year
ala2 junior doktorla..pakai white coat, pergi wad, jumpa patient, examine sikit2,
ambil blood patient , masuk operation theater, pergi on call, ikut ward round
pendek kata,apa yang kami lalui sekarang memang apa yang kami akan lalui dalam masa 2 tahun akan datang..insyaAllah
kalau nak compare dengan Yr1-3 yg lebih kepada teori,ngadap lec notes, gi kuliah
Yr 4 ni lagi menarik and tak boring kot

tapi…
masa ni lah macam2 kerisauan datang melanda..
tiap hari duk fikir and berteleku

layak ke ak nak jadi Dr ni? Betul ke jalan yang ak pilih ni?mampukah aku

ambil blood pun terketar2, nak jumpa patient pun malu2 kucing, skill n knowledge memang tahap memalukan,on call sampai kul 1 am pun tak leh tahan..haisy..macam2 kot problem..merungut je kerjanya…
kalau nak cakap pasal masa lak..memang tak pernah cukup..kadang2 masa untuk Dia, family and kawan2 memang terhad. 
Cuti dah la ciput. Padahal Dr pernah kata masa medical student ni la paling banyak masa untuk enjoy life..
kalau dah jadi Dr..jangan harapla you
plus sekarang timbul pulak isu2 yang tak best di dengar
yang kononnya doktor2 zaman sekarang tak berkualiti., tak boleh harap, bodoh sombong.
aaaagh..kus semangat nak kerja kot dengan stigma masyarakat cam gini
kejam betul..bukan semua macam tu kot..

So  i’m thinking again

Sanggup and mampukah aku nak jadi Dr yang cam gitu..

Seram pun ada..
the worst part is pernah jugak terfikir cam nak give up je..sebab rasa cam tak mampu je
tapi sayang pulak kan..alang2 dah year 4 baik tunggu grad terus kan
and dari situ saya mula bertindak
mula mencari solution for all the messy things in my mind
Saya mula mencari-cari Dia
mencari-mencari kekuatan dari Dia
bila ada masa free, saya akan search anyone or anything that can inspire me
books, article, quotes, ayat2 suci, hadis2 etc and I will put all this things in one special book
and whenever saya rasa down kena marah Dr ke, rasa stress nak exam ke, rasa nak menangis ke.saya akan belek benda2 ni balik sampailah saya rasa OK
Pathetic kan?ehe
but somehow benda2 ni make me strong inside
and teach me to accept all the hard things I faced now little by little. Alhamdulillah
and saya mula belajar redha and sabar dengan apa yang Allah dah putuskan untuk saya..

And bila fikir2 balik .sepatutnya dari dulu lagi
the question that I should ask myself is

Kenapa nak jadi doktor?

Bukannya
Kenapa la aku amik medic?
Betulke jalan aku pilih ni?
Layakkah aku jadi doktor ni?
aish..dari awal dah tersalah step kan?
Alhamdulillah,Allah tolong guide saya melalui Ustaz Hasrizal.
Jazakillah Ustaz :)
and this is skema jawapan saya yang akan saya pegang sampai bila2..InsyaAllah

Firstly sebabnya saya nak cari redha Allah, nak cari pahala Allah
Allah kan suka hambanya yang membantu or meringankan beban orang lain
Saya mahu Allah suka saya
and ini adalah platform yang Allah telah pilih untuk saya
Allah adalah sebaik-baik perancang bagi saya
dan saya yakin ini adalah perancangan yang terbaik bagi saya

I know to be a safe and good doctor it’s not easy task
But I do have Him, family and friends
They will always support me and never leave me alone
and saya juga yakin
bahawa Allah tak kan bebani saya lebih dari apa saya mampu
dan jika saya terus sabar dan bertawakal ,Allah akan menyediakan jalan keluar bagi saya dari segala permasalahan
Yang penting saya kena terus yakin, sabar, rajin dan istiqamah
I just need to do my very best everyday and leave the rest to Him

Saya sepatutnya bersyukur dan bangga
kerana Allah telah pilih saya daripada berjuta
dan ini adalah amanah Allah yang saya kena jaga sampai bila2
and I must always remember that Doctor is dealing with people’s life
So,kena belajar rajin2 and betul2 supaya nanti dapat jadi safe and good doctor
from now on, the most important thing is just stay strong
and learn from now to do anything, any single thing for the sake of Him only
and keep praying that Allah will guide me along the way.Ameen



e.n.d







Thursday, 24 February 2011

Keikhlasanmu sentisa diuji!

Extract:

Nak berubah memang bukan mudah
Allah akan terus menguji keikhlasanmu
Dan pada masa itu - kau punya dua pilihan
Take it, or leave it
Ingat, Allah tak perlukan kau
Kekuasaan Allah takkan kurang sikit pun kalau kau putus asa
Kau yang perlukan Allah
Jangan takut untuk bermula dari bawah
Kerana yang berada di atas belum tentu tidak akan jatuh
Dan dalam pendakianmu
Jangan pernah berhenti berdoa kepada-Nya
Agar Dia kuatkan hatimu
Walau apa jua dugaan yang Dia berikan.
Jangan pernah merasakan dirimu cukup
Kerana banyak lagi yang Dia mahu berikan
Tapi andainya kau sudah merasa cukup;
Maka segalanya telah berakhir buatmu.




full version punya klik sini


p/s: Jazakillah ukhti Aisyah  for the nice sharing :)



Monday, 7 February 2011

Small Things Matter

We say a simple Salaam to anyone, we’re rewarded..
We smile at someone, we’re rewarded..
We treat someone with kindness, we’re rewarded..
We pray in Masjid with Jamaah, we are rewarded 27 times more than those who pray alone..
We begin anything with Bismillaah, that action of us is rewarded..
We end our activities with Alhamdulillah, we’re also rewarded..
We think of doing a good deed, we’re rewarded..
We control our temper, we’re rewarded..
We eat and drink with our right hand, we’re rewarded..
We pray for forgiveness and health for our fellow Muslims, we’re rewarded..
We forgive, we’re rewarded..
We think positive towards Allah and other people, we’re rewarded..
We keep our promises, wer’re rewarded..
We seek knowledge for the benefit of others, we’re rewarded..
We share knowledge to others in need, we’re rewarded..
We walk towards the Jum’ah prayer, our each step is very greatly rewarded..
We take wudhu’, we are rewarded..
We treat our mothers and fathers with humbleness, kindess and respect, we’re greatly greatly rewarded..
We bring Allah to rememberance, we’re rewarded..


So why do we withhold our reward ?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...